Beyond2020 Memasang Penyelesaian Pencahayaan di Kem Pelarian Terbesar di Dunia di Bangladesh

Pergerakan itu meningkatkan keselamatan dan membuka jalan bagi peningkatan aktiviti komuniti setelah gelap

ABU DHABI, Emiriah Arab Bersatu-Selasa 4 Mei 2021 [ AETOS Wire ]

Beyond2020, inisiatif kemanusiaan yang digerakkan oleh UAE telah mengumumkan pergerakan bagi penyelesaian pencahayaan tenaga solar kritikal di kem pelarian Rohingya Kutupalong di Cox’s Bazar, Bangladesh, yang menerangi kehidupan 4,500 orang penduduk. Pergerakan itu di Bangladesh, yang bertujuan untuk meningkatkan keselamatan dan mewujudkan keadaan yang lebih baik bagi kegiatan sosial dan komuniti setelah gelap, menandakan fasa kedua bagi ‘20by2020’, yang baru-baru ini dijenamakan semula kepada ‘Beyond2020’ untuk bertindak sebagai satu platform utama bagi jangkauan global yang berterusan.

 

Melangkah ‘menjangkau generasi’, ‘menjangkau sempadan’ dan ‘menjangkau batasan’, Beyond2020 menawarkan penyelesaian kritikal yang mengubah kehidupan kepada sebilangan besar penerima di seluruh dunia, menyediakan teknologi untuk kebaikan dan memupuk pembangunan yang inklusif dan lestari.

Electricians Without Borders, sebuah organisasi terkemuka yang tidak mencari keuntungan yang berpusat di Perancis dan pemenang Hadiah Kelestarian Zayed 2020 di bawah kategori ‘Tenaga’, telah ditugaskan untuk memasang teknologi tersebut bagi pihak Beyond2020, di kem pelarian terbesar di dunia. Pemenang Hadiah terdahulu memanfaatkan pengalaman yang memenangi anugerah itu dari projek ‘Cahaya untuk Rohingya’ yang sangat terkenal yang meningkatkan kehidupan bagi ribuan orang melalui tenaga boleh diperbaharui dan bimbingan keusahawanan.

Mengembangkan legasi Almarhum Sheikh Zayed bin Sultan Al Nahyan dengan memperjuangkan nilai-nilai kemanusiaan bagi bapa pengasas UAE itu, Beyond2020 menyumbangkan teknologi dan penyelesaian mapan kepada masyarakat yang rentan, dengan sejumlah sembilan buah negara tercapai, sehingga kini. Setiap penyelesaian atau teknologi telah mengubah komuniti lain di seluruh dunia dan telah diiktiraf oleh Hadiah Kelestarian Zayed sebagai sebuah pemenang atau finalis.

T.Y.T. Dr. Sultan Ahmed Al Jaber, Menteri UAE bagi Industri dan Teknologi Lanjutan dan Ketua Pengarah bagi Hadiah Kelestarian Zayed berkata: “Memperkasakan masyarakat yang rentan dan memajukan kemajuan global ke arah Matlamat Pembangunan Lestari (SDG) Bangsa-bangsa Bersatu kekal menjadi prinsip panduan bagi Inisiatif Beyond2020. Beyond2020 dan rakan-rakan mereka gembira untuk memainkan peranan di dalam membantu komuniti yang memerlukan di Bangladesh dan menyokong usaha kemanusiaan yang tidak mencari keuntungan bagi meringankan sebarang kesulitan yang ditanggung oleh komuniti itu.”

T.Y.T. Al Jaber berkata, “UAE telah sekian lama mempunyai satu pandangan kemanusiaan yang holistik yang diperkuatkan oleh kepimpinan yang bijaksana dengan tujuan untuk menyokong penyelesaian yang lestari dan melancarkan dan mendorong inisiatif yang berhasrat untuk melayani umat manusia dalam pelbagai tempat di dunia. Kami gembira dengan pengenalan bagi penyelesaian pencahayaan yang penting ini oleh Beyond2020, dengan membawa kemudahan yang lebih besar kepada kehidupan seharian komuniti itu dan meningkatkan keselamatan, sambil membina sebuah persekitaran yang lebih menyokong aktiviti kemasyarakatan yang diperluaskan. Kami akan terus memperluaskan jangkauan dan aksesibiliti bagi penyelesaian lestari yang berinovatif oleh pemenang dan finalis Hadiah Kelestarian Zayed kepada komuniti yang lebih luas di rantau itu dan di peringkat global.”

Kemajuan, ketekunan, dan pengembangan pesat bagi Beyond2020 terus menjadi penting ketika dunia mengemudi akibat ekonomi daripada pandemik itu, yang memerlukan usaha kerjasama yang dipercepatkan oleh semua pihak yang berkepentingan di seluruh komuniti kelestarian antarabangsa.

Encik Johannes van der Klaauw, Wakil Pesuruhjaya Tinggi Bangsa-bangsa Bersatu mengenai Pelarian (UNHCR) di Bangladesh berkata: “Inisiatif Beyond2020 itu membuka jalan baharu di dalam memberikan akses kepada penyelesaian tenaga lestari. Di Bangladesh, sumbangan bermurah hati ini akan memberikan satu perbezaan nyata yang positif di dalam kehidupan pelarian Rohingya yang rentan. Cahaya pada waktu malam meningkatkan keselamatan dan mempunyai kesan sosial positif yang penting di dalam komuniti, terutama bagi mereka yang kurang upaya dan bagi wanita dan anak gadis. Penggunaan teknologi lestari itu, seperti penggunaan penyelesaian tenaga boleh diperbaharui yang diperluaskan, adalah satu keutamaan penting bagi UNHCR di Bangladesh.”

Electricians Without Borders menyediakan kepakaran antarabangsa mereka di dalam bidang projek tenaga boleh diperbaharui bagi komuniti di luar grid dengan memasang 240 Sistem Rumah Solar dan 640 lampu solar di kem pelarian sambil melatih penduduknya di dalam penyelenggaraan peralatan untuk isi rumah mereka masing-masing. Pergerakan Beyond2020 itu di Bangladesh mensasarkan semua pelarian, dengan satu tumpuan kepada orang kurang upaya, wanita hamil, dan budak perempuan.

Sebagai sebahagian daripada fasa pertama bagi inisiatif itu, sebanyak lapan pergerakan telah dilaksanakan hingga kini, termasuk penyelesaian berkaitan tenaga, kesihatan, air dan makanan di Nepal, Tanzania, Uganda, Jordan, Mesir, Kemboja, Madagascar, dan Indonesia. Selain Bangladesh, 11 buah negara lain telah dikenal pasti untuk fasa kedua.

Beyond2020 menyatukan sebuah daftar terkemuka dan berkembang bagi rakan-rakan antarabangsa dan yang berpusat di UAE yang termasuk Pasaran Global Abu Dhabi, Dana Abu Dhabi bagi Pembangunan, Mubadala Petroleum, Kementerian Toleransi dan Hidup Bersama, Masdar, dan BNP Paribas.

Maklumat mengenai Hadiah Kelestarian Zayed

Ditubuhkan oleh kepimpinan UAE, pada tahun 2008, untuk menghormati legasi bapa pengasas, Almarhum Sheikh Zayed bin Sultan Al Nahyan, Hadiah Kelestarian Zayed adalah anugerah global perintis UAE untuk mengiktiraf penyelesaian kelestarian dan kemanusiaan di seluruh dunia.

Hadiah Kelestarian Zayed memperakui dan memberikan penghargaan kepada perintis dan inovator global yang komited untuk mempercepatkan penyelesaian lestari yang berimpak.

Sepanjang 12 tahun yang lalu, Hadiah itu telah memberikan anugerah kepada 86 pemenang. Secara kolektif, mereka secara langsung dan tidak langsung, telah memberikan impak yang positif kepada kehidupan lebih 335 juta orang di seluruh dunia. Kategori Hadiah Kelestarian Zayed adalah: Kesihatan, Makanan, Tenaga, Air dan Sekolah Tinggi Global.

Untuk maklumat, sila layari https://zayedsustainabilityprize.com/en/ atau layari platform media sosial kami di, TwitterFacebookInstagramYouTube.


Contacts

Medhat Juma

Hill+Knowlton Strategies

T: +971 561399482

Medhat.Juma@hkstrategies.com

Erika Spagakou

Hill+Knowlton Strategies

T: +971 551398765

Erika.Spagakou@hkstrategies.com





Permalink : https://aetoswire.com/ms/news/beyond2020-memasang-penyelesaian-pencahayaan-di-kem-pelarian-terbesar-di-dunia-di-bangladesh/ms


Multimedia

Permalink : https://aetoswire.com/ms/news/beyond2020-memasang-penyelesaian-pencahayaan-di-kem-pelarian-terbesar-di-dunia-di-bangladesh/ms