Jennifer Dewan, Pengarah Kanan Komunikasi
jennifer.dewan@tii.ae.
Institut Inovasi Teknologi (TII) di Emiriah Arab Bersatu (UAE), sekali lagi melangkaui sempadan AI generatif dengan pelancaran Falcon 180B, lelaran lanjutan model bahasa besar (LLM) handalannya. Keluaran pelopor ini mengukuhkan penguasaan UAE dalam AI, menawarkan Falcon 180B sebagai model akses terbuka untuk tujuan penyelidikan dan komersial.
Berikutan kejayaan luar biasa Falcon 40B, model AI sumber terbuka yang menggondol pantas kedudukan teratas Papan Pendahulu Hugging Face untuk LLM pada Mei 2023, TII, tonggak penyelidikan gunaan Majlis Penyelidikan Teknologi Lanjutan (ATRC) Abu Dhabi terus mendahului dalam AI generatif. Falcon 40B dicatat sebagai salah satu contoh pertama model sumber terbuka untuk penyelidik dan juga pengguna komersial, dan Falcon 40B ini dianggap sebagai anjakan perintis dalam bidang ini.
H.E. Faisal Al Bannai, Setiausaha Agung Majlis Penyelidikan Teknologi Lanjutan, menekankan kesan positif Falcon pada landskap AI dan menyatakan: “Kami membayangkan masa depan yang kuasa transformatif AI berada dalam jangkauan semua orang. Kami komited untuk membebaskan akses kepada AI lanjutan, kerana privasi kami dan potensi kesan AI terhadap manusia tidak seharusnya dikawal oleh segelintir insan terpilih sahaja. Walaupun kami mungkin tidak mempunyai semua jawapan, keazaman kami tetap tidak berbelah bahagi: untuk bekerjasama dan menyumbang kepada komuniti sumber terbuka, memastikan bahawa manfaat AI dikongsi oleh semua.”
Dengan 180 bilion parameter yang menakjubkan dan dilatih menggunakan 3.5 trilion token, Falcon 180B melonjak ke kedudukan teratas Papan Pendahulu Hugging Face untuk LLM dipralatih. Falcon 180B mengatasi pesaing terkenal seperti LLaMA 2 Meta dalam pelbagai penanda aras, termasuk pentaakulan, pengekodan, kecekapan dan ujian pengetahuan.
Tergolong dalam LLM sumber tertutup terbaik, Falcon 180B berada sedikit sahaja di belakang GPT 4 terbaru OpenAI dan setanding dengan prestasi PaLM 2 Large Google, model yang menguasakan Bard – walaupun saiznya separuh berbanding dengan model tersebut. Rangka kerja pelesenan untuk model tersebut diwujudkan pada 'Falcon 180B TII License’ yang berdasarkan Apache 2.0.
Dr. Ebtesam Almazrouei, Pengarah Eksekutif dan Pemangku Ketua Penyelidik Unit Rentas Pusat AI di TII, berkata: "Pelancaran Falcon 180B menunjukkan dedikasi kami untuk memajukan sempadan AI, dan kami teruja untuk berkongsi potensi tanpa hadnya dengan dunia. Falcon 180B menandakan era baharu AI generatif, iaitu potensi kemajuan saintifik disediakan melalui akses terbuka untuk mendorong inovasi masa depan. Sewaktu kami mendalami sempadan sains dan teknologi, visi kami melangkaui inovasi; hal ini adalah mengenai memupuk hubungan yang mendalam untuk menangani cabaran global melalui penemuan kolaboratif.”
Dengan lebih 12 juta pembangun menerapkan dan menggunakan keluaran pertama Falcon, peningkatan ketara ini dipersiapkan untuk menjadi model utama bagi pelbagai domain, daripada chatbot sehinggalah penjanaan kod serta banyak lagi perkara hebat.
Falcon 180B serasi dengan bahasa utama berikut: Inggeris, Jerman, Sepanyol dan Perancis, dengan keupayaan terhad dalam bahasa Itali, Portugis, Poland, Belanda, Romania, Czech dan Sweden.
Untuk mendapatkan maklumat lanjut, sila layari FalconLLM.tii.ae
Teks bahasa sumber asal pengumuman ini adalah versi rasmi yang sahih. Terjemahan yang disediakan hanya sebagai penyesuaian sahaja, dan hendaklah di silang-rujuk dengan teks bahasa sumber, yang satu-satunya versi teks dengan kesan undang-undang.
Jennifer Dewan, Pengarah Kanan Komunikasi
jennifer.dewan@tii.ae.