Jennifer Dewan, Pengarah Kanan Komunikasi
jennifer.dewan@tii.ae.
Yayasan ini akan mendorong perkongsian pengetahuan, mempercepat pendemokrasian Kecerdasan Buatan
TII memperuntukkan sebanyak AS$300 juta untuk pembiayaan projek masa depan
Institut Inovasi Teknologi (TII), sebuah pusat penyelidikan saintifik global terkemuka dan tonggak kepada terapan penyelidikan Majlis Penyelidikan Teknologi Canggih Abu Dhabi (ATRC), mengumumkan pelancaran 'Falcon Foundation' kepada umum pada hari ini. Yayasan bukan untung ini bertujuan untuk memajukan pembangunan model Kecerdasan Buatan Generatif sumber terbuka dan membina ekosistem yang mampan sekitar projek sumber terbuka yang mempercepatkan pembangunan teknologi. Sebagai ahli pengasas, TII komited untuk menyumbangkan peruntukan sebanyak AS$300 juta bagi pembiayaan projek-projek ini.
Pelancaran Falcon Foundation telah berlangsung di Sidang Kemuncak Kerajaan Dunia yang berprestij (WGS) 2024. Pelancaran ini menandakan satu titik sangat penting dalam mengadakan kerjasama pihak berkepentingan untuk mewujudkan model tadbir urus yang telus dan menggalakkan pertukaran pengetahuan semasa AI terus menjejak laluan pertumbuhan yang gigih.
Bermula dengan model Falcon AI yang berkuasa hasil usaha TII, Yayasan ini akan menghimpunkan pihak berkepentingan, pembangun, ahli akademik, industri serta individu. Mereka akan membantu mewujudkan kuasa membuat keputusan secara bersepadu di kalangan penyumbang. Ini akan mempercepatkan pendemokrasian AI dengan bantuan Duta Falcon Foundation yang terkemuka - profesor AI yang ternama di universiti-universiti di seluruh dunia, serta penggiat utama dalam bidang AI industri.
Yayasan ini bertujuan untuk menyokong penyesuaian model Falcon bagi menangani industri atau sektor tertentu. Dengan membolehkan sumber komputasi terbuka untuk penyelidikan dan pembangunan berterusan Falcon AI, Yayasan ini akan menyediakan ekosistem yang kukuh bagi memastikan kebolehan penyesuaian model di pelbagai aplikasi dan konteks.
Mengulas tentang pengumuman ini, Yang Berhormat Faisal Al Bannai, Setiausaha Agung ATRC, berkata: “Di dalam dunia di mana AI terus maju pada kadar yang belum pernah berlaku sebelum ini, inisiatif seperti Falcon Foundation memainkan peranan penting dalam mengarahkan lintasan pembangunan AI ke arah ketelusan dan kebolehaksesan yang lebih besar.”
Dr. Ray O. Johnson, CEO TII, menyatakan: “Kami berkomited untuk memupuk ketelusan dan kerjasama dalam bidang AI. Dengan meluaskan semangat kerjasama UAE ke dalam pembangunan AI, kami menetapkan standard yang baru untuk keterbukaan dan menggalakkan semua entiti lain yang menyokong sumber terbuka dari seluruh dunia untuk bergabung dengan kami.”
Penerima manfaat Yayasan ini akan merangkumi semua entiti yang bekerja dengan dan menyokong sumber terbuka AI yang bertanggungjawab. Dengan mengurangkan ketergantungan pada vendor luar, Falcon Foundation memastikan kesinambungan perniagaan melalui pembolehubah pilihan teknologi secara bebas. Sebagai organisasi terbuka kepada semua dan setiap pihak berkepentingan yang berkomited terhadap sumber terbuka, Yayasan ini akan memanfaatkan amalan terbaik global sebagai sebahagian daripada rangka kerja pengawalseliaan dan undang-undangnya untuk kecerdasan buatan.
Komitmen Falcon Foundation terhadap sumber terbuka dan inovasi dalam AI mencerminkan pendekatan berfikir jauh yang membantu Abu Dhabi dan UAE melompat ke masa depan yang dipacu oleh teknologi dan menyokong komuniti global dalam memanfaatkan kerjasama antara industri untuk kemajuan AI yang penting.
Teks bahasa sumber asal pengumuman ini adalah versi rasmi yang sahih. Terjemahan yang disediakan hanya sebagai penyesuaian sahaja, dan hendaklah di silang-rujuk dengan teks bahasa sumber, yang satu-satunya versi teks dengan kesan undang-undang.
Jennifer Dewan, Pengarah Kanan Komunikasi
jennifer.dewan@tii.ae.