Untuk pertanyaan media, sila hubungi:
Komunikasi EDGE Group
Priya Roy
C-Priya.Roy@edgegroup.ae
Di bawah perjanjian itu, EDGE akan mengendalikan pemindahan teknologi kepada Ketech Asia
CARACAL akan bekerjasama dengan Ketech dalam pemasangan setempat dan penjualan semula refal serangan taktikal CAR 816
CARACAL, Syarikat EDGE Group (“EDGE”) dan pengilang senjata kecil terkemuka, pada hari ini mengumumkan menandatangani perjanjian dengan Ketech Asia, pengeluar amunisi canggih dan penyedia penyelesaian senjata kecil, untuk pengeluaran dan penjualan semula CAR 816 CARACAL di Malaysia. Perjanjian tersebut ditandatangani oleh Hamad Al Ameri, Ketua Pegawai Eksekutif CARACAL dan Mohd Nahar Mohd Nasir, Ketua Pegawai Eksekutif Ketech Asia, di Pameran Maritim dan Aeroangkasa Antarabangsa Langkawi (LIMA 2023), yang diadakan di Langkawi, Malaysia, hingga 27 Mei.
Di bawah perjanjian itu, kedua-dua syarikat akan mengendalikan pemindahan teknologi yang membolehkan Ketech Asia memasang refal serangan taktikal CAR 816 yang amat andal dan terbukti dari segi misi di kemudahan baharu di Pahang, sebagai sokongan terhadap keperluan Angkatan Tentera Diraja Malaysia. Kerjasama itu juga akan mengkaji semula potensi membangunkan bersama senjata api baharu dan Ketech Asia akan menjadi penjual semula refal itu secara rasmi, menekankan keyakinan EDGE dalam membangunkan perkongsian industri yang bernilai dan saling menguntungkan di Malaysia, dengan tujuan meningkatkan jualan serantau. mengilang produk dan menyediakan penyelesaian canggih dalam pasaran di seluruh Asia Tenggara. Perjanjian dengan Ketech juga akan membantu EDGE meneroka peluang lain di Malaysia untuk rangkaian penuh senjata kecil CARACAL.
Para hadirin acara LIMA 2023 boleh mengunjungi EDGE di ruang pameran A07 di Pusat Pameran Antarabangsa Mahsuri (MIEC) di Langkawi, Malaysia.
Maklumat Tentang EDGE
Dilancarkan pada bulan November 2019, EDGE UAE satu daripada kumpulan syarikat teknologi canggih yang terunggul di dunia, ditubuhkan bertujuan membangunkan penyelesaian tangkas, berani dan mengganggu untuk pertahanan dan seterusnya, serta menjadi pemangkin bagi perubahan dan transformasi. EDGE berdedikasi untuk membawa inovasi, produk dan perkhidmatan rintisan ke dalam pasaran dengan kelajuan dan kecekapan yang lebih tinggi, meletakkan UAE sebagai hab global terkemuka untuk industri masa depan dan mewujudkan laluan jelas dalam sektor ini bagi generasi bakat akan datang yang berkemahiran tinggi untuk berkembang maju. EDGE memacu pembangunan keupayaan berdaulat untuk eksport global dan pemeliharaan keselamatan negara, bekerjasama dengan pengendali barisan hadapan, rakan niaga antarabangsa dan menerima pakai teknologi canggih seperti keupayaan berautonomi, siber- sistem fizikal, sistem pendorong canggih, robotik dan bahan pintar dengan tumpuan kepada penggunaan teknologi 4IR. EDGE menyatukan R&D, teknologi baharu muncul, transformasi digital dan inovasi pasaran komersial dengan keupayaan ketenteraan bagi membangunkan penyelesaian mengganggu disesuaikan kepada keperluan khusus pelanggan. Beribu pejabat di Abu Dhabi, ibu negara UAE, EDGE menyatukan lebih daripada 20 entiti kepada empat kluster teras: Platform & Sistem, Misil & Senjata, Perang Elektronik & Teknologi Siber, dan Sokongan Perdagangan & Misi.
Untuk maklumat lanjut, sila kunjungi edgegroup.ae
Galeri Multimedia/Foto Sedia Ada:
https://www.businesswire.com/news/home/53403503/en
Teks bahasa sumber asal pengumuman ini adalah versi rasmi yang sahih. Terjemahan yang disediakan hanya sebagai penyesuaian sahaja, dan hendaklah di silang-rujuk dengan teks bahasa sumber, yang satu-satunya versi teks dengan kesan undang-undang.