Jennifer Dewan, Pengarah Kanan Komunikasi
Jennifer.dewan@tii.ae
Technology Innovation Institute (TII), sebuah pusat penyelidikan saintifik peneraju global dan tonggak penyelidikan gunaan Advanced Technology Research Council (ATRC) Abu Dhabi, hari ini melancarkan lelaran kedua model bahasa besarnya (LLM) yang terkenal – Falcon 2. Dalam siri ini, mereka telah memperkenalkan dua versi yang menakjubkan: Falcon 2 11B, sebuah LLM yang lebih cekap dan boleh diakses yang dilatih pada 5.5 trilion token dengan 11 bilion parameter, dan Falcon 2 11B VLM, yang ditampilkan dengan keupayaan model visual kepada bahasa (VLM), yang membolehkan penukaran yang lancar daripada input visual kepada output teks. Walaupun kedua-dua model ini bersifat berbilang model, khususnya, Falcon 2 11B VLM ditampilkan sebagai model berbilang modal pertama TII – dan merupakan satu-satunya model dalam pasaran peringkat atas yang mempunyai keupayaan penukaran imej kepada teks, yang menandakan kemajuan yang ketara dalam inovasi AI.
Dalam ujian perbandingan dengan beberapa model AI menonjol yang segolongannya dalam model pralatih, Falcon 2 11B berprestasi lebih baik daripada Llama 3 yang baru dilancarkan oleh Meta dengan 8 bilion parameter (8B), dan berprestasi setara dengan Gemma 7B Google di tempat pertama (Falcon 2 11B: 64.28 lwn Gemma 7B: 64.29), mengikut pengesahan bebas oleh Hugging Face, sebuah platform yang berpangkalan di AS yang mengehoskan alat penilaian dan papan peneraju global yang objektif untuk LLM terbuka. Lebih penting lagi, Falcon 2 11B dan 11B VLM kedua-duanya bersifat sumber terbuka, yang memberikan akses tidak terhad kepada pembangun di seluruh dunia. Pada masa depan yang tidak lama lagi, terdapat rancangan untuk meluaskan model generasi seterusnya Falcon 2, yang akan memperkenalkan pelbagai saiz. Model-model ini akan selanjutnya dipertingkat dengan keupayaan pembelajaran mesin canggih seperti 'Campuran Pakar' (MoE), yang bermatlamat untuk membawa prestasi mereka kepada tahap yang jauh lebih tinggi.
Semua model AI TII yang dilancarkan sehingga kini telah mendapat kedudukan dalam peringkat atas global secara konsisten, sebagai LLM sumber terbuka yang paling berkeupayaan tinggi. Model Falcon 2 11B baharu yang diskala turun dan serba guna ditujukan untuk memberi TII lebih banyak penerimagunaan dalam pasaran dunia AI generatif yang sentiasa berkembang.
Model Falcon 2 11B, yang dilengkapi dengan keupayaan berbilang bahasa, dapat menyelesaikan tugas dengan lancar dalam bahasa Inggeris, Perancis, Sepanyol, Jerman, Portugis dan pelbagai bahasa yang lain, yang memperkaya keserbagunaan model itu dan membesarkan keberkesanannya merentas senario yang berbagai-bagai. Falcon 2 11B VLM, sebuah model visual kepada bahasa, mempunyai keupayaan untuk mengenal dan mentafsir imej dan visual daripada persekitaran sekeliling, yang menyediakan pelbagai penggunaan merentas industri seperti sektor penjagaan kesihatan, kewangan, e-dagang, pendidikan dan undang-undang. Penggunaan ini merangkumi pengurusan dokumen, pengarkiban digital dan pengindeksan konteks dan juga termasuk menyediakan sokongan kepada individu yang mempunyai kecacatan penglihatan. Tambahan lagi, model ini boleh berjalan dengan cekap dengan hanya satu unit pemprosesan grafik (GPU), yang membuatkan model ini boleh diskala, serta mudah digunakan dan disepadukan kepada infrastruktur yang lebih ringan seperti komputer riba dan peranti lain.
H.E. Faisal Al Bannai, Setiausaha Agung ATRC dan Penasihat Hal Penyelidikan Strategik dan Teknologi Canggih untuk Presiden UAE, berkata: "Dengan pelancaran Falcon 2 11B, kami telah memperkenalkan model pertama dalam siri Falcon 2. Walaupun Falcon 2 11B telah menunjukkan prestasi yang cemerlang, kami masih berpegang kepada komitmen kami terhadap perjuangan sumber terbuka, dan kepada Falcon Foundation. Dengan model berbilang modal lain yang akan dilancarkan dalam pasaran dengan pelbagai saiz, matlamat kami adalah untuk memastikan pembangun dan entiti yang menghargai privasi mereka mempunyai akses kepada salah satu model AI yang terbaik bagi membantu perjalanan AI mereka."
Apabila berbincang tentang model-model ini, Dr. Hakim Hacid, Pengarah Eksekutif dan Pemangku Ketua Penyelidik Unit Rentas Pusat AI di TII, berkata: "AI terus berkembang, dan pembangun semakin memerlukan kelebihan model yang lebih kecil dan lebih cekap. Selain daripada mengurangkan keperluan kuasa komput dan memenuhi kriteria kemapanan, model ini menawarkan fleksibiliti dipertingkat, yang disepadukan dengan lancar ke dalam infrastruktur AI canggih, yang merupakan trend besar memuncul yang seterusnya. Selain itu, keupayaan visual kepada bahasa dalam Falcon 2 membuka ruang baharu untuk kebolehcapaian dalam AI, yang memberikan interaksi imej kepada teks yang transformatif kepada para pengguna."
Keserbagunaan Falcon 2 11B juga membuatkan TII untuk mempertimbangkan pembinaan inovasi GenAI yang lebih hebat. Antara semua itu termasuk penerimagunaan jenis keupayaan pembelajaran mesin baharu yang dikenali sebagai 'Campuran Pakar' yang disebut sebelum ini. Kaedah ini termasuk tindakan menyatukan rangkaian yang lebih kecil dengan pengkhususan yang unik, yang memastikan domain-domain yang paling berpengetahuan bekerjasama untuk memberikan respons yang tercanggih dan tersuai – hampir seperti sebuah pasukan pembantu pintar yang setiap seorang tahu sesuatu yang berbeza dan bekerjasama untuk meramal atau membuat keputusan jika perlu. Pendekatan ini bukan sahaja akan meningkatkan ketepatan, tetapi juga akan mempercepat proses pembuatan keputusan, yang membuka jalan untuk sistem AI yang lebih pintar dan cekap.
Falcon 2 11B dilesenkan di bawah Falcon License 2.0 TII, sebuah lesen perisian berasaskan Apache 2.0 yang permisif, yang termasuk dasar penggunaan boleh terima yang menggalakkan penggunaan AI secara bertanggungjawab. Maklumat lanjut tentang model baharu boleh ditemukan di FalconLLM.TII.ae
Teks bahasa sumber asal pengumuman ini adalah versi rasmi yang sahih. Terjemahan yang disediakan hanya sebagai penyesuaian sahaja, dan hendaklah di silang-rujuk dengan teks bahasa sumber, yang satu-satunya versi teks dengan kesan undang-undang.
Jennifer Dewan, Pengarah Kanan Komunikasi
Jennifer.dewan@tii.ae