AD Ports Group
Sana Maadad
+971506250890
CMA CGM
Media Relations
Kumpulan AD Ports, fasilitator utama bagi logistik, industri, dan perdagangan di rantau itu, dan Kumpulan CMA CGM yang berpangkalan di Perancis, sebuah pemimpin dunia di dalam perkapalan dan logistik, telah mengumumkan penandatanganan satu perjanjian konsesi selama 35 tahun.
Siaran akhbar ini mempunyai ciri-ciri multimedia. Lihat siaran lengkap di sini: https://www.businesswire.com/news/home/20210909005619/en/
Di bawah syarat-syarat perjanjian itu, sebuah terminal baharu akan didirikan di Pelabuhan Khalifa, pelabuhan kontena separa automatik yang pertama di wilayah GCC, yang akan dikendalikan oleh sebuah usaha sama yang dimiliki oleh anak syarikat CMA CGM, CMA Terminals (dengan pegangan 70 peratus ekuiti) dan Kumpulan AD Ports (30 peratus kepentingan). Rakan-rakan kongsi itu dijangka memberikan komitmen kira-kira AED 570 juta (USD 154 juta) kepada projek tersebut.
Sebuah terminal serba canggih untuk mengiringi pertumbuhan Pelabuhan Khalifa
Dengan pembinaan bermula pada tahun 2021, terminal baharu itu akan diserahkan pada tahun 2024 dengan, pada fasa 1, sebuah dermaga yang di peringkat awal panjangnya 800 meter dan satu anggaran kapasiti tahunan 1.8 juta TEU. Kumpulan AD Ports akan bertanggungjawab untuk membangunkan pelbagai kerja dan infrastruktur marin sokongan. Ini termasuk sehingga 1,200 meter dinding dermaga, sebuah pemecah ombak 3,800 meter, sebuah platform rel yang dibina sepenuhnya, dan halaman terminal seluas 700,000 meter persegi.
Terminal itu akan menyediakan CMA CGM sebagai sebuah hab serantau baharu dan akan membolehkan Kumpulan itu untuk membangunkan penawaran perkhidmatan mereka di antara Abu Dhabi dan Asia Selatan, Asia Barat, Afrika Timur, Eropah dan Mediterranean serta Timur Tengah dan benua kecil India.
Dengan pelaburan utama ini, Kumpulan CMA CGM terus bergerak ke hadapan dengan strategi pengembangan global mereka sebagai sebuah pengendali terminal terkemuka. Kumpulan itu pada masa ini mengendalikan 49 terminal pelabuhan di 27 buah negara melalui anak syarikat mereka CMA Terminals dan Terminal Link.
Pelabuhan Khalifa, sebuah hab bagi tiga daripada empat syarikat perkapalan paling utama di dunia.
Kumpulan CMA CGM adalah yang ketiga daripada empat entiti perkapalan paling utama di dunia untuk bergabung tenaga dengan fasilitator terkemuka Abu Dhabi bagi perdagangan, logistik dan industri. Perjanjian itu mengesahkan kedudukan Pelabuhan Khalifa sebagai satu daripada hanya beberapa pelabuhan utama di dunia yang menyediakan hab bagi tiga daripada syarikat perkapalan utama di dunia, serta berfungsi sebagai satu bahagian penting di dalam perdagangan maritim global yang menghubungkan pasaran dari timur ke barat.
CMA CGM, sebuah rakan yang komited kepada ekonomi UAE
Lokasi geografi berpusat UAE dan Abu Dhabi, di tengah-tengah laluan perdagangan antarabangsa, membolehkan Kumpulan CMA CGM untuk melaksanakan rancangan pembangunan strategik, mengukuhkan kedudukan mereka di Teluk dan menyediakan perkhidmatan terbaik untuk memenuhi keperluan pelanggan mereka.
Hadir di UAE selama 15 tahun, Kumpulan CMA CGM mempunyai kira-kira 450 orang pekerja yang bekerja di dalam 10 pejabat untuk menyediakan pelanggan dengan penyelesaian perkhidmatan maritim dan logistik yang terbaik. Kumpulan itu menghubungkan UAE ke seluruh dunia dengan 13 perkhidmatan mingguan ke 9 pelabuhan.
T.Y.T. Falah Mohammed Al Ahbabi, Pengerusi bagi Kumpulan AD Ports, berkata: “Satu daripada faktor utama yang telah banyak menyumbang kepada pertumbuhan ekonomi Abu Dhabi dan UAE adalah persekitaran ekonomi kita yang stabil dan matang untuk pelaburan asing. Ditambah dengan zon bebas yang kompetitif dan inisiatif penglibatan perniagaan yang membantu perniagaan asing dalam mewujudkan satu kehadiran di negara itu dengan mudah, UAE telah menjadi sebuah destinasi pelaburan utama di antara banyak pemain terkemuka dunia yang ingin memperluaskan jangkauan mereka ke Timur Tengah.
“Perjanjian penting ini dengan Kumpulan CMA CGM adalah satu contoh utama bagi usaha berterusan tersebut dan satu yang akan mempercepatkan perdagangan dan pembangunan industri di UAE dan seterusnya.”
“Selain mendorong peningkatan volum perdagangan melalui pelabuhan kami dan meningkatkan pembangunan ekonomi UAE, kami menjangkakan kapasiti kemudahan tersebut dan penambahan hubungan perdagangan dengan destinasi pelabuhan berprofil tinggi yang lain akan mendorong pelaburan ke dalam perniagaan tempatan dan zon perindustrian kami, mempercepatkan pembangunan bagi sektor-sektor utama termasuk pembuatan dan logistik, dan meningkatkan permintaan bagi tenaga kerja.”
“Perjanjian ini akan membantu kami untuk merealisasikan cita-cita jangka panjang kami untuk menjadi di antara 10 pelabuhan, perindustrian, dan pengendali logistik utama dengan mengembangkan kapasiti dan pertumbuhan kami merentasi wilayah itu dan seterusnya. Secara keseluruhan, kami mensasarkan bahawa dalam tempoh lima tahun akan datang, usaha sama CMA Terminals itu akan mendorong pembangunan lebih jauh di Zon Perindustrian Khalifa Abu Dhabi (KIZAD), dan pada masa yang sama memberi sumbangan yang signifikan kepada KDNK kebangsaan.”
Kapten Mohamed Juma Al Shamisi, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan, Kumpulan AD Ports, berkata: “Dengan penambahan sebuah terminal kontena baharu di Pelabuhan Khalifa, yang akan dikendalikan oleh sebuah usaha sama yang dibentuk dengan kerjasama CMA Terminals, membuka satu lembaran baharu di dalam usaha organisasi kami untuk menjadi sebuah fasilitator utama bagi perdagangan global, dan meningkatkan kedudukan Abu Dhabi sebagai sebuah hab serantau dan antarabangsa bagi perdagangan maritim.
“Dengan penambahan sebuah lagi syarikat kumpulan perkapalan terkemuka di seluruh dunia, akan menjadikan Pelabuhan Khalifa sebagai sebuah hab untuk tiga daripada empat syarikat perkapalan utama di dunia. Penambahan ini mewujudkan peluang-peluang untuk membuka laluan perdagangan ke pasaran baharu di Eropah, Afrika, Asia Barat, dan Asia Selatan. Di dalam negeri, kami menjangkakan kehadiran terminal syarikat perkapalan itu, yang akan menghubungkan terus ke terminal kereta api Pelabuhan Khalifa yang akan datang dan menggunakan perkhidmatan mereka, untuk mempercepatkan aliran perdagangan yang bergerak masuk dan keluar dari UAE, dan pada masa yang sama menggalakkan pelanggan Kumpulan CMA CGM untuk mempertimbang mewujudkan satu kehadiran di Abu Dhabi.”
Rodolphe Saadé, Pengerusi dan Ketua Pegawai Eksekutif bagi Kumpulan CMA CGM, berkata: “Projek bercita-cita tinggi yang kami lancarkan pada hari ini di Abu Dhabi menandakan satu peristiwa penting di dalam strategi pembangunan CMA CGM di rantau itu.
Terminal serba canggih ini akan menyumbang untuk meningkatkan kedudukan Pelabuhan Khalifa sebagai sebuah hab global terkemuka dan untuk meningkatkan ekonomi rantau itu, mempercepatkan aliran perdagangan masuk dan keluar dari Abu Dhabi.
Ia akan juga membolehkan Kumpulan kami untuk memperluaskan rangkaian perkapalan dan logistik mereka di rantau itu, di mana kami melihat banyak potensi pertumbuhan.”
Untuk menonton video mengenai perjanjian tersebut, sila layari: https://youtu.be/hvW0sgIOonY.
Maklumat mengenai Kumpulan AD Ports:
Untuk maklumat lanjut, sila layari: adports.ae
Twitter @AbuDhabiPorts
LinkedIn: linkedin.com/company/abudhabiports
Instagram: instagram.com/AbuDhabiPorts
Facebook: facebook.com/AbuDhabiPorts
Maklumat mengenai CMA CGM
Ikuti Kumpulan CMA CGM di:
https://www.linkedin.com/company/cma-cgm
https://www.facebook.com/cmacgm
https://www.youtube.com/channel/UCAMAVVaqikbzeE3znzw6lVQ
Teks bahasa sumber asal pengumuman ini adalah versi rasmi yang sahih. Terjemahan yang disediakan hanya sebagai penyesuaian sahaja, dan hendaklah di silang-rujuk dengan teks bahasa sumber, yang satu-satunya versi teks dengan kesan undang-undang.
AD Ports Group
Sana Maadad
+971506250890
CMA CGM
Media Relations