Lulu Money
Ajit Johnson
ajit.johnson@lulufin.com
MoneyGram
Stephen Reiff
media@moneygram.com
LuLu Money, sebuah nama terkemuka di dalam pertukaran wang asing & pemindahan wang, dan MoneyGram, sebuah peneraju dunia di dalam pembayaran P2P rentas sempadan & pemindahan wang, mengumumkan perkongsian mereka di Hong Kong. Perkongsian itu akan membolehkan berjuta-juta pengguna di Hong Kong untuk menghantar dan menerima wang di mana-mana lokasi LuLu Money dan berhubungan dengan rangkaian pengedaran MoneyGram global yang mencakupi lebih 200 buah negara dan wilayah.
Bercakap mengenai perkongsian itu, Adeeb Ahamed, Pengarah Urusan bagi LuLu Financial Group, berkata, “Industri pengiriman wang memainkan satu peranan penting di dalam menghubungkan komuniti dan keluarga, dan dengan menawarkan rangkaian kami sebagai satu pusat pembayaran bagi MoneyGram, kami berhasrat untuk membuat proses pemindahan wang lebih mudah untuk diakses, lebih murah dan selesa bagi berjuta-juta penduduk Hong Kong.”
“Perkongsian kami dengan LuLu Money telah terus berkembang sejak kami mengumumkan penyatuan itu pada awal tahun ini. Memandangkan kejayaan kerjasama kami, kami sangat gembira untuk memperluaskan perkongsian itu di Hong Kong,” kata Alex Holmes, Pengerusi dan Ketua Pegawai Eksekutif di MoneyGram.
LuLu Money, yang mempunyai satu kehadiran yang kukuh di Hong Kong, pada masa ini mengendalikan lima cawangan, kesemuanya terletak di lokasi yang terkemuka dan mudah untuk diakses, termasuk satu di Worldwide.
LOKASI CAWANGAN |
CAWANGAN WORLD WIDE – TINGKAT 3, WORLD WIDE HOUSE, 19 JALAN DES VOEUX, CENTRAL, HONG KONG |
CAWANGAN TSUEN WAN – TINGKAT 2, PLAZA LIK SANG, 269 JALAN CASTLE PEAK, TSUEN WAN, WILAYAH BAHARU |
CAWANGAN MA ON SHAN – TINGKAT 1, FU FAI GARDEN, 28 JALAN ON SHING, WILAYAH BAHARU |
CAWANGAN HUNG HOM - PLANET SQUARE, 1-15 JALAN TAK MAN, HUNG HOM KOWLOON |
Cawangan HO/ Tsim Sha Tsui – TINGKAT 3, HANKOW CENTRE, 5-15 JALAN HANKOW, TSIM SHA TSUI, KOWLOON, HONG KONG |
Maklumat mengenai LuLu Money
LuLu Money (Hong Kong) adalah merupakan sebahagian daripada penyedia perkhidmatan kewangan yang berpangkalan di Abu-Dhabi LuLu Financial Group, yang mengendalikan lebih 220 cawangan di 11 buah negara. Syarikat itu merupakan sebuah pemain pembayaran utama di Filipina dan Malaysia, dengan memberi perkhidmatan kepada lebih 2 juta pelanggan di wilayah APAC.
Maklumat mengenai MoneyGram
MoneyGram adalah sebuah peneraju dunia di dalam pembayaran P2P rentas sempadan dan pemindahan wang, yang membolehkan pemindahan wang secara cepat dan berpatutan di lebih 200 buah negara dan wilayah.