Audrey Fernandes
Audrey.fernandes@edelman.com
Usaha permulaan baharu oleh VentureOne milik Advanced Technology Research Council menggunakan AI dan robotik autonomi untuk memelihara ekosistem semula jadi bermula dengan hutan bakau dan mengembangkannya ke habitat lain.
VentureOne milik Advanced Technology Research Council telah memperkenalkan Nebat, usaha teknologi iklim baharu yang akan memelihara dan memulihkan hutan bakau dan ekosistem lain merentasi di seluruh rantau menggunakan AI dan robotik, di Persidangan Pemeliharaan dan Pemuliharaan Hutan Bakau Antarabangsa di Abu Dhabi.
Nebat mempamerkan teknologi tercanggih mereka, termasuk dron, perisian berkuasa AI, dan mekanisma pembenihan fleksibel, yang mereka akan gunakan untuk memelihara dan memulihkan ribuan hektar hutan bakau di seluruh UAE dalam tempoh tujuh tahun akan datang. Hutan bakau menyimpan sehingga lima kali lebih banyak karbon berbanding pokok hutan hujan dan merupakan komponen penting ekosistem UAE dan perjuangan masyarakat dunia untuk menangani perubahan iklim.
“Nabat menjadi contoh cara UAE memanfaatkan technologi canggih untuk memberi manfaat kepada umat manusia,” kata Yang Mulia Faisal Al Bannai, Ketua Setiausaha Advanced Technology Research Council (ATRC). “Dengan menggabungkan inovasi dengan sains, kami memacu usaha untuk memulihkan ekosistem, meningkatkan kepelbagaian bio, dan mengukuhkan daya tahan iklim untuk mempercepatkan perjalanan negara kami ke arah sifar bersih.”
“Technologi dan alam semula jadi sering kali dilihat tidak sehaluan—tetapi apabila kami menggabungkan teknologi dengan penyelidikan berasaskan sains untuk menyelesaikan masalah kritikal, teknologi boleh menjadi salah satu sekutu alam semula jadi yang paling ampuh,: kata Dr. Najwa Aaraj, CEO Technology Innovation Institute, bahagian penyelidikan gunaan dan pemaju teknologi ATRC di belakang Nabat. “Sistem kami membantu menyelesaikan beberapa cabaran kritikal yang berkaitan dengan pemeliharaan, salah satu yang paling penting ialah pengumpulan data. Tidak ada dua ekosistem yang sama—setiap satu memerlukan pendekatan tersuai berasaskan data.”
AI dan robotik Nabat mendayakan pemetaan tepat, pembenihan dan pemantauan, memastikan pemeliharaan dan pemuliharaan disesuaikan dengan keperluan unik dan rumit setiap ekosistem. Tidak seperti penanaman pokok bakau tradisional, yang intensif buruh dan boleh menjejaskan ekosistem kawasan sekitar, sistem Nabat menyentuh habitat selembut mungkin.
Pada peringkat pemetaan, teknologi Nabat memberikan jumlah data yang banyak tentang tanah serta kepadatan, penaikan, dan hidrologi habitat semula jadi. Mekanisma pembenihan dron menggunakan perancangan trajektori yang dioptimumkan dan pola pembenihan fleksibel untuk memastikan benih ditanam dengan tepat dan hanya apabila ia diperlukan. Sistem ini juga mempunyai keupayaan pemantauan untuk membantu kami memastikan pokok yang ditanam tumbuh dengan selamat.
Teknologi Nabat berkesan walau pun di kawasan jauh dan sukar dicapai, membolehkan usaha pemeliharaan dan pemuiharaan diskalakan dengan cekap dan pada masa yang sama meminimumkan kos.
Reda Nidhakou, Pemangku CEO VentureOne, syarikat induk Nabat, berkata, “Jiwa VentureOne melancarkan syarikat pemula yang membawa teknologi terkini kepada dunia. Teknologi yang paling berharga bukan sekadar inovatif, cekap atau menguntungkan—paling penting, ia memberikan impak positif yang boleh diukur. Kami berbesar hati untuk bekerja rapat dengan pasukan ini dan ekosistem yang lebih luas untuk menyumbang kepada perjalanan kelestarian UAE dengan cara yang menjadi dasarnya.”
Walau pun pada awalnya syarikat memberi tumpuan kepada hutan bakau di UAE, mereka merancang untuk berkembang ke bahagian lain rantau ini dan memberi perkhidmatan kepada ekosistem lain, termasuk kawasan gurun, kawasan ladang, hutan dan terumbu karang.
Teks bahasa sumber asal pengumuman ini adalah versi rasmi yang sahih. Terjemahan yang disediakan hanya sebagai penyesuaian sahaja, dan hendaklah di silang-rujuk dengan teks bahasa sumber, yang satu-satunya versi teks dengan kesan undang-undang.
Audrey Fernandes
Audrey.fernandes@edelman.com