Samer Al Tawil
Pengurus Kanan, Pemasaran dan Penglibatan
saltawil@tabreed.ae
Kevin Hackett
Penolong Pengurus, Komunikasi Luar
khackett@tabreed.ae
ABU DHABI, Emiriyah Arab Bersatu--(BUSINESS WIRE)-- Tabreed, syarikat penyejukan daerah antarabangsa UAE yang terkemuka, telah menyelesaikan aktiviti sepanjang minggu di COP29 di Baju, Azerbaijan. Semasa acara global yang penting ini berlangsung, perwakilan syarikat menyampaikan ucapan utama, mengambil bahagian sebagai ahli panel dan menyampaikan pembentangan yang menempatkan Tabreed sebagai, bukan sekadar peneraju dunia dalam industri penting ini tetapi juga syarikat yang siap sedia, sanggup dan berupaya untuk mengeksport kepakarannya yang tiada tandingan ke rantau baharu, seperti Asia Tenggara, tempat yang yang lebih memerlukannya sekarang berbanding sebelum ini.
Berikutan kejayaan kolaborasi semasa COP28 2023 di Dubai, Tabreed sekali lagi menyokong Cool Coalition yang diterajui Program Alam Sekitar Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu sebagai Penaja Perak Buildings and Cooling Pavilion di tengah-tengah Blue Zone. Sebagai penyokong Ikrar Penyejukan Global UNEP, yang dilaksanakan semasa COP28, Tabreed berada di barisan hadapan usaha penyahkarbonan dan pavilion tahun ini di Baku menganjurkan puluhan sesi yang disasarkan pada penggubal undang-undang dan pemaju yang berusaha menuju amalan yang lebih lestari, dengan mengutamakan penyejukan dalam agenda mereka.
Penglibatan Tabreed dalam COP29 dilihat penting kepada CEO, Khalid Al Marzooqi, yang berkata: “Kecekapan tenaga penyejukan daerah membawa manfaat besar dengan mengelak pelepasan karbon dalam skala besar, menjadikannya pemain penting dalam usaha untuk mencapai sifar bersih. Itulah sebabnya Tabreed sentiasa mengambil bahagian dalam acara global penting seperti COP, dan saya bangga kerana kami memimpin perbincangan tentang penyejukan lestari pada detik penting dalam sejarah dunia.”
Semasa program yang padat itu, Tabreed mempamerkan inovasinya yang memenangi anugerah, seperti loji geotermal G2COOL, yang telah mendapat perhatian tajuk berita merentasi Asia Tenggara dalam beberapa bulan kebelakangan ini, semasa berinteraksi dengan khalyak di seluruh dunia yang ingin mengetahui lebih lanjut tentang manfaat alam sekitar dan operasi yang terhasil daripada penyejukan daerah dan didokumentasikan dengan baik.
Shikha Bhasin, Penasihat Kanan kepada UNEP Cool Coalition yang diterajui oleh UNEP, berkata: “Penglibatan Tabreed di COP29 membantu menempatkan syarikat di barisan hadapan usaha penyahkarbonbn serta menambah bukti lanjut bahawa UAE menetapkan standard baharu dalam usaha ke arah kelestarian tulen. Penyejukan daerah akan menjadi titik tumpuan untuk peningkatan bilangan negara yang terjejas oleh perubahan iklim dan kami berterima kasih kerana Tabreed terus menjuarai usaha Cool Coalition, membawa kepakaran beberapa dekad ke perbincangan yang sangat penting ini.”
Maklumat Tentang Tabreed
Tabreed memberikan perkhidmatan penyejukan daerah yang penting dan lestari kepada pembangunan ikonik di Timur Tengah dan Asia – pemacu kemajuan yang terkemuka untuk orang, komuniti dan alam sekitar di seluruh dunia menuju masa hadapan yang lebih lestari. Ditubuhkan pada tahun 1998 dan tersenarai awam di Pasaran Kewangan Dubai, ia salah sebuah syarikat tumbuh paling pesat dan mantap di UAE.
Melalui operasi peringkat rantau dan antarabangsanya yang menyeluruh, paling dipercayai dan cekap dalam industri, program R&D dan pelaburan dalam teknologi AI, Tabreed adalah peneraju global dalam industri penyejukan.
Teks bahasa sumber asal pengumuman ini adalah versi rasmi yang sahih. Terjemahan yang disediakan hanya sebagai penyesuaian sahaja, dan hendaklah di silang-rujuk dengan teks bahasa sumber, yang satu-satunya versi teks dengan kesan undang-undang.
Galeri Multimedia/Foto Sedia Ada: https://www.businesswire.com/news/home/54156334/en
Samer Al Tawil
Pengurus Kanan, Pemasaran dan Penglibatan
saltawil@tabreed.ae
Kevin Hackett
Penolong Pengurus, Komunikasi Luar
khackett@tabreed.ae