Ruba Abdel Halim
Dubai Chamber of Commerce & Industry
PR &Corporate Communications Department
Tel: +97142028450
Email: ruba.halim@dubaichamber.com
UAE menyumbang 74% daripada pelaburan GCC dalam pasaran ASEAN sepanjang lima tahun yang lalu, menurut satu kertas putih baharu yang dikeluarkan oleh Dewan Dubai menjelang Forum Perniagaan Global (GBF) ASEAN yang pertama di Dubai.
Dikendalikan oleh Economist Intelligence Unit (EIU) dan ditauliahkan oleh Dewan Dubai, laporan itu, bertajuk Wilayah yang Belum dicartakan: Mendalamkan perdagangan dan pelaburan di antara ASEAN dan GCC, meneliti persekitaran perniagaan dan pelaburan di rantau ASEAN dan menilai prospek untuk mengembangkan kerjasama ekonomi di antara kedua-dua rantau itu dalam era pasca pandemik.
Menurut kertas putih itu, jumlah nilai bagi pelaburan daripada GCC ke rantau ASEAN dianggarkan $13.4 bilion di antara Januari 2016 dan September 2021. Laporan itu akan dibincangkan oleh pihak berkepentingan di sektor awam dan swasta apabila mereka berkumpul di Ekspo 2020 Dubai untuk GBF ASEAN yang julung kali diadakan, yang berlangsung pada 8-9 Disember, 2021.
Kertas putih itu menyatakan bahawa masih terdapat banyak potensi bagi syarikat-syarikat ASEAN dan GCC untuk meningkatkan perdagangan bagi produk pertanian, dan perkongsian pengetahuan di dalam sektor utama boleh menyediakan satu rangka kerja untuk kerjasama yang lebih mendalam.
Data itu menunjukkan satu ketidakseimbangan perdagangan di antara kedua-dua rantau itu, dengan hanya 2% daripada jumlah import ASEAN di antara tahun 2016 dan 2020 datang daripada GCC. Sebaliknya, rantau ASEAN menyumbang hanya 4% daripada jumlah eksport GCC dalam tempoh lima tahun, yang berjumlah $126 bilion, dengan sebahagian besarnya terdiri daripada minyak mentah (43%) dan polimer plastik (20%).
T.Y.T. Hamad Buamim, Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif, Dewan Dubai, berkata laporan itu memberikan pandangan bernilai tentang potensi besar yang wujud di antara kedua-dua rantau itu, yang membantu perniagaan di kedua-dua pihak membuat keputusan yang bermaklumat, meneroka peluang pertumbuhan di luar negara dan menjalin perkongsian rentas sempadan yang memacukan kelestarian pertumbuhan.
Anda boleh melihat laporan itu di sini.
Untuk Editor:
Misi Dewan Dubai adalah untuk mewakili, menyokong dan melindungi kepentingan komuniti perniagaan di Dubai dengan mewujudkan sebuah persekitaran perniagaan yang menggalakkan, menyokong pembangunan perniagaan dan mempromosikan Dubai sebagai sebuah hab perniagaan antarabangsa. Sejak penubuhannya, Dewan itu telah menyumbang kepada mengukuhkan kedudukan Dubai sebagai sebuah destinasi global di dalam dunia kewangan, perniagaan dan pelaburan.
Teks bahasa sumber asal pengumuman ini adalah versi rasmi yang sahih. Terjemahan yang disediakan hanya sebagai penyesuaian sahaja, dan hendaklah di silang-rujuk dengan teks bahasa sumber, yang satu-satunya versi teks dengan kesan undang-undang.
Ruba Abdel Halim
Dubai Chamber of Commerce & Industry
PR &Corporate Communications Department
Tel: +97142028450
Email: ruba.halim@dubaichamber.com