Jennifer Dewan, Pengarah Kanan Komunikasi
jennifer.dewan@tii.ae
Pengunjung GITEX Dapat Pandangan Pertama Model Kereta Berautonomi Dallara SF23 10 Pasukan Elit dari Institusi Berprestij Termasuk: Universiti California, Berkeley; Universiti Teknikal Munich; Universiti Teknologi Nanyang, Singapura
ASPIRE, penggerak utama di sebalik cabaran besar dan persaingan global untuk Majlis Penyelidikan Teknologi Lanjutan (ATRC) Abu Dhabi, pada hari ini mengumumkan butiran Liga Perlumbaan Berautonomi Abu Dhabi yang amat dinanti-nantikan, A2RL, pada hari pertama GITEX Global – acara teknologi utama dunia. A2RL memperkenalkan model Dallara Super Formula berautonomi yang pertama, SF23, dilancarkan awal tahun ini. Keajaiban termaju ini, berupaya mengesan persekitaran dan beroperasi tanpa penglibatan manusia, bersedia mengubah perlumbaan dengan perlumbaan besar yang julung kali diadakan, dijadualkan pada 28 April 2024, di Litar Yas Marina Abu Dhabi yang ikonik.
Bagi model pertama seumpamanya untuk rantau ini, A2RL mengintegrasikan kecerdasan buatan (AI), autonomi dan sukan lasak bertujuan menganjak sempadan mobiliti masa depan. Acara ini mendapat perhatian sebagai liga perlumbaan berautonomi terbesar di dunia, mempamerkan perlumbaan kereta berautonomi, dron dan kereta bugi.
Tuan Yang Terutama Faisal Al Bannai, Setiausaha Agung ATRC, entiti induk ASPIRE, berkata: “Di persimpangan sains, sukan dan teknologi, autonomi ditetapkan untuk merevolusikan masa depan pengangkutan. Liga Perlumbaan Berautonomi Abu Dhabi, A2RL, berdiri sebagai bukti kepada reputasi Abu Dhabi yang semakin meningkat sebagai hab penyelidikan dan pembangunan (R&D) antarabangsa dan platform ujian utama untuk mencuba penyelesaian berautonomi pembuktian konsep. Dengan menghimpunkan saintis, pembangun dan guru pengekodan dari seluruh dunia dalam arena sukan lasak, secara aktif kami menguji tekanan keupayaan di litar lumba, untuk keselamatan di jalan raya kami.”
Hari perlumbaan (perlumbaan kereta) yang julung kali diadakan ini akan menawarkan gambaran sepintas lalu masa depan AI - gabungan pengalaman maya dan kehidupan sebenar yang penuh dengan keterujaan dan pengenalan kepada era baharu hiburan sukan lasak.
Sepuluh pasukan elit dari universiti dan institusi penyelidikan antarabangsa telah mengesahkan penyertaan perlumbaan kereta berautonomi dan akan bersaing untuk mendapatkan hadiah wang tunai AS$2.25 juta. Pasukan yang akan bersaing datang dari: Institut Teknologi Beijing dan Universiti Khalifa (China dan UAE); Code19 Racing dan Universiti Indiana (Amerika Syarikat); Kumpulan Pembina (Switzerland & Singapura); Agensi Pembangunan Mobiliti Hungary (Hungary); Kinetiz & Universiti Teknologi Nanyang (Singapura); Politecnico di Milano (Itali); Universiti Teknikal Munich (Jerman); Institut Inovasi Teknologi (UAE); Universiti California, Berkeley dan Universiti Hawaii (Amerika Syarikat); Universiti Modena dan Reggio Emilia (Itali).
Pasukan yang menyertai masing-masing akan mempunyai akses eksklusif kepada kereta Dallara Super Formula SF23 serba baharu, yang telah diautonomikan khusus untuk A2RL. Kereta tersebut dihasilkan daripada bahan biokomposit yang mampan, seberat 690 kg dan pada masa ini merupakan kereta lumba roda terbuka terpantas di dunia selepas Formula Satu, mencapai kelajuan maksimum 300 km/j. Kereta itu juga menawarkan keupayaan pembrekan canggih, tindanan berautonomi ditempah khas, serta kawalan pendikit pemanduan dengan wayar. 10 pasukan akan berpeluang menyesuaikan algoritma perisian masing-masing pada kenderaan canggih ini untuk mengatasi kecemerlangan prestasi dalam pertandingan. Pengunjung ke GITEX Global boleh melihat dengan sekilas pandang model berautonomi di ruang pameran - B10 Majlis Penyelidikan Teknologi Lanjutan (ATRC) di Dewan 17, Pusat Dagangan Dunia Dubai selama lima hari acara tersebut.
Dr. Tom McCarthy, Pengarah Eksekutif di ASPIRE, menyatakan keterujaannya tentang inisiatif itu: "Kami amat gembira dapat membawa acara perlumbaan berautonomi ke Abu Dhabi dan mempamerkan kepada dunia melalui A2RL. Inisiatif ini bukan sahaja mentakrifkan semula masa depan mobiliti, tetapi juga memberikan inspirasi kepada generasi baharu untuk membayangkan semula dan melakukan inovasi bagi masa depan yang lebih cerah dalam perlumbaan berskala antarabangsa yang penuh dengan keterujaan. Apabila menyempurnakan pasukan berdaya saing dengan kereta Dallara SF23 yang baharu disesuaikan, lengkap dengan tindanan autonomi, kami memastikan medan permainan yang sama rata. Sekarang, tumpuan bukan kepada kemahiran pemandu; tetapi kepada teknologi, pengaturcaraan dan algoritma pembelajaran mesin yang membolehkan kenderaan ini menavigasi litar lumba yang rumit pada kelajuan yang amat tinggi."
A2RL ialah perlumbaan litar global tahunan, menawarkan peluang bernilai untuk perkongsian dan kerjasama di seluruh industri dan ahli akademik. Acara ini mengetengahkan tema keutamaan negara seperti merintis masa depan pengangkutan, memberikan inspirasi kepada bakat STEM generasi akan datang, mempercepat ekonomi pengetahuan Abu Dhabi dan memastikan impak yang ketara melangkaui litar lumba. Untuk maklumat lanjut, sila kunjungi A2RL.io.
Galeri Multimedia/Foto Sedia Ada: https://www.businesswire.com/news/home/53604224/en
Teks bahasa sumber asal pengumuman ini adalah versi rasmi yang sahih. Terjemahan yang disediakan hanya sebagai penyesuaian sahaja, dan hendaklah di silang-rujuk dengan teks bahasa sumber, yang satu-satunya versi teks dengan kesan undang-undang.
Jennifer Dewan, Pengarah Kanan Komunikasi
jennifer.dewan@tii.ae