Ruba Abdel Halim, Manager, PR & Corporate Communications, +971 4 2028450
Email: ruba.halim@dubaichamber.com
Potensi ekonomi yang besar di Persatuan Negara-negara Asia Tenggara (ASEAN) dan banyak peluang yang ditawarkan oleh rantau itu kepada perniagaan dan pelabur di UAE akan menjadi tumpuan pada Forum Perniagaan Global (GBF) ASEAN yang pertama, yang berlangsung pada 8-9 Disember, 2021 di Pusat Pameran Dubai, Ekspo 2020 Dubai.
Siaran akhbar ini mempunyai ciri-ciri multimedia. Lihat siaran lengkap di sini: https://www.businesswire.com/news/home/20210927005637/en/
Dianjurkan oleh Dewan Dubai dengan kerjasama Ekspo 2020 Dubai di bawah tema “Perbatasan Baharu”, GBF ASEAN 2021 adalah acara pertama dalam siri GBF yang memberi tumpuan kepada rantau ASEAN. Forum peringkat tinggi itu mengumpulkan pemimpin kerajaan dan perniagaan dari pasaran ASEAN dan UAE bagi meneroka jalan baharu untuk kerjasama ekonomi dan peluang pelaburan yang baru muncul.
Forum dua hari itu akan meneliti perubahan dinamik rantau ASEAN berikutan pandemik Covid-19, serta peluang-peluang baharu yang diwujudkan oleh transformasi digital dan perkongsian perdagangan. Topik lain dalam agenda itu termasuk rancangan di antara anggota ASEAN dan rakan sejawatan mereka untuk mewujudkan kawasan perdagangan bebas terbesar di dunia, berdasarkan kepada perjanjian Perkongsian Ekonomi Komprehensif Serantau yang akan menambah anggaran $186 bilion kepada KDNK global menjelang 2030.
Pemegang kepentingan di sektor awam dan swasta yang menghadiri forum itu akan juga membincangkan cara baharu agar negara-negara ASEAN dapat mengembangkan ekonomi rendah karbon untuk membina sebuah masa depan yang lebih berdaya tahan dan lestari, dengan Asia Tenggara sebagai satu daripada rantau dunia yang menghadapi risiko daripada perubahan iklim. Isu lain termasuk sama ada terdapat satu model seperti jenama keusahawanan Asia Tenggara atau Timur Tengah dan sejauh mana Dubai dan Singapura, sebagai hab global bagi rantau mereka masing-masing, dapat saling belajar di antara satu sama lain.
GBF ASEAN membentuk sebahagian daripada siri Forum Perniagaan Global Dewan Dubai yang dilancarkan pada tahun 2012 sebagai sebuah platform untuk mendorong perdagangan dan meneroka peluang-peluang di antara UAE dan beberapa pasaran yang paling pesat berkembang di dunia.
Sila layari https://www.youtube.com/watch?v=_mPn7rISN1I
Maklumat mengenai Dewan Perniagaan dan Perindustrian Dubai
Diwujudkan pada tahun 1965, Dewan Perniagaan dan Perindustrian Dubai adalah sebuah entiti awam yang tidak mencari keuntungan, yang misinya adalah untuk mewakili, menyokong dan melindungi kepentingan komuniti perniagaan di Dubai dengan mewujudkan sebuah persekitaran perniagaan yang memuaskan, menyokong pengembangan perniagaan, dan dengan menggalakkan Dubai sebagai sebuah hab perniagaan antarabangsa. www.dubaichamber.com
Hubungi
Ruba Abdel Halim, Pengurus, Perhubungan Awam & Komunikasi Korporat, +97142028450
ruba.halim@dubaichamber.com
Sumber : Dewan Perniagaan dan Perindustrian Dubai
Teks bahasa sumber asal pengumuman ini adalah versi rasmi yang sahih. Terjemahan yang disediakan hanya sebagai penyesuaian sahaja, dan hendaklah di silang-rujuk dengan teks bahasa sumber, yang satu-satunya versi teks dengan kesan undang-undang.
Ruba Abdel Halim, Manager, PR & Corporate Communications, +971 4 2028450
Email: ruba.halim@dubaichamber.com