Danah Alhumaid
dalhumaid@mep.gov.sa
HUMAIN dan National Infrastructure Fund (“Infra”) mengumumkan di luar sesi utama Mesyuarat Tahunan Forum Ekonomi Dunia (WEF) 2026 di Davos, Switzerland, pemeteraian Perjanjian Rangka Kerja Pembiayaan Strategik bernilai sehingga AS$1.2 bilion bagi menyokong peluasan projek infrastruktur AI dan digital di Negara Arab Saudi.
Perjanjian Rangka Kerja ini menggariskan terma pembiayaan tidak mengikat bagi pembangunan kapasiti pusat data AI hiperskala HUMAIN sehingga 250 MW. Pusat-pusat data ini akan menggunakan GPU termaju untuk latihan dan inferens AI, serta menyokong pelanggan HUMAIN di peringkat tempatan, serantau dan global.
Selain itu, Infra dan HUMAIN turut bersetuju untuk meneroka penubuhan platform pelaburan pusat data AI. Platform ini akan diterajui oleh kedua-dua organisasi dan distrukturkan bagi memudahkan penyertaan pelabur institusi global dan tempatan, bagi menyokong peluasan lanjut strategi AI HUMAIN.
Perjanjian Rangka Kerja hari ini menegaskan peranan utama Infra dalam bekerjasama dengan rakan kolaborasinya untuk mempercepatkan penyampaian aset infrastruktur yang mendasari transformasi ekonomi dan produktiviti jangka panjang. Ia juga mencerminkan komitmen HUMAIN untuk menyediakan kapasiti pengkomputeran berskala bagi memenuhi permintaan komersial yang semakin meningkat terhadap perkhidmatan AI termaju dan pemprosesan data
“Pertumbuhan permintaan terhadap keupayaan pengkomputeran termaju semakin meningkat, dan Perjanjian Rangka Kerja ini meletakkan HUMAIN pada kedudukan yang kukuh untuk bertindak balas dengan pantas dan berskala. Melalui kerjasama dengan Infra, matlamat kami adalah untuk menyediakan infrastruktur pusat data AI bertaraf dunia yang boleh dipercayai oleh perusahaan apabila keperluan pengkomputeran mereka menjadi semakin kompleks.”
TAREQ AMIN, KETUA PEGAWAI EKSEKUTIF HUMAIN.
“Perjanjian Rangka Kerja hari ini merupakan langkah penting dalam memperluaskan peranan Infra untuk membuka peluang pelaburan infrastruktur di Arab Saudi. Kerjasama kami dengan HUMAIN akan membentuk laluan baharu untuk meningkatkan pelaburan institusi dan membangunkan ekonomi digital dengan mendayakan infrastruktur AI.”
ENG. ESMAIL ALSALLOM, KETUA PEGAWAI EKSEKUTIF INFRA
Maklumat Tentang Infra
National Infrastructure Fund (Infra) merupakan rakan pembangunan pembiayaan utama Arab Saudi bagi infrastruktur. Infra mendorong peningkatan pelaburan sektor swasta untuk mempercepatkan penyampaian projek infrastruktur yang penting bagi transformasi sosial dan ekonomi Arab Saudi. Infra menawarkan penyelesaian pembiayaan yang fleksibel, menyokong projek infrastruktur merentasi semua sektor, dengan tumpuan untuk mencapai matlamat Wawasan 2030 dan menyokong objektif Inisiatif Hijau Saudi. National Infrastructure Fund adalah entiti yang diawasi oleh National Development Fund
Maklumat Tentang HUMAIN
HUMAIN, sebuah syarikat di bawah PIF, ialah syarikat kecerdasan buatan global yang menawarkan keupayaan AI sepenuhnya merentasi empat bidang teras: pusat data generasi baharu; infrastruktur berprestasi tinggi dan platform awan; model AI termaju, termasuk beberapa model bahasa besar Arab paling canggih di dunia yang dibangunkan di dunia Arab; serta penyelesaian AI transformasi yang menggabungkan pemahaman mendalam terhadap sektor tertentu dengan pelaksanaan dalam dunia sebenar.
Model menyeluruh HUMAIN memberi perkhidmatan kepada organisasi sektor awam dan swasta, meningkatkan nilai merentasi pelbagai industri, memacu transformasi digital, dan mengukuhkan keupayaan melalui kerjasama manusia–AI. Dengan portfolio produk AI khusus sektor yang semakin berkembang dan misi utama yang menumpukan pada pembangunan harta intelek serta kepimpinan bakat global, HUMAIN dibangunkan untuk daya saing antarabangsa dan kecemerlangan teknologi.
Teks bahasa sumber asal pengumuman ini adalah versi rasmi yang sahih. Terjemahan yang disediakan hanya sebagai penyesuaian sahaja, dan hendaklah di silang-rujuk dengan teks bahasa sumber, yang satu-satunya versi teks dengan kesan undang-undang.
Danah Alhumaid
dalhumaid@mep.gov.sa