Khaled Yahya
APCO Worldwide
+971528631680
Firma pengurusan aset Merex Investment telah mengumumkan satu pembangunan semula bagi La Mer South, yang akan dinamakan J1 Beach, dengan penambahan tiga pengalaman tepi laut serba baharu – Gigi Rigolatto, Bâoli dan Pantai Sirene oleh Gaia – dan 10 restoran mewah yang boleh dinikmati oleh pengunjung bermula dari matahari terbit sehingga matahari terbenam.
J1 Beach akan menjadi sebuah destinasi peranginan pantai utama dan yang pertama seumpamanya di rantau itu, dengan menawarkan pemandangan laut tanpa gangguan, penawaran F&B premium dan sebuah kluster pengendali mewah di tengah-tengah Jumeirah, Dubai.
Pembangunan semula itu akan memudahkan penyambungan bagi pelawat melalui perkhidmatan valet dan tempat letak kereta yang luas, perkhidmatan ulang-alik kereta golf dan laluan hijau, yang berlorek pada waktu siang dan diterangi pada waktu malam untuk mewujudkan sebuah suasana yang ideal bagi pengunjung pantai. Pelawat juga boleh tiba melalui laut dengan penerimaan tetamu berbingkai tepi laut.
Restoran baharu untuk pembangunan J1 Beach itu akan membuat penampilan sulung mereka di UAE dan akan dilesenkan sepenuhnya dengan perdagangan siang ke malam.
Shahram Shamsaee, Ketua Pegawai Eksekutif di Kumpulan Merex Investment, berkata: “J1 Beach ialah satu lanjutan menarik bagi Dubai, sebagai sebuah destinasi gaya hidup dan perniagaan yang terkemuka, dan kami yakin bahawa penambahan bagi pengalaman gaya hidup tepi laut dan restoran siang ke malam itu akan menggambarkan semula cara pelawat menikmati sebuah interaktif dan menawarkan pilihan baharu yang dipertingkatkan.”
“Merex Investments menyasarkan untuk membawa destinasi ke dan melangkaui potensi perniagaan mereka dengan memanfaatkan lokasi-lokasi utama dan memperkukuhkan prinsip pembuatan tempat. Tiga penambahan baharu kepada J1 Beach akan menyokong pertumbuhan rakan tempatan dan global melalui penyampaian aset gaya hidup yang holistik, mudah dan pelbagai.”
Selaras dengan keutamaan strategik Merex Investment untuk membolehkan orang ramai menggambarkan semula cara mereka menikmati bandar raya itu, langkah tersebut akan membolehkan penduduk menjadi sebahagian daripada landskap bertenaga dan gaya hidup Dubai yang sentiasa berkembang.
Merex dan Paris Society International telah menandatangani satu perjanjian untuk membawa Gigi Rigolatto yang legenda ke rantau itu buat kali pertama. Diundi sebagai di antara jenama terkemuka dunia di dalam kategorinya, Gigi Rigolatto menawarkan kepada tetamu dengan satu menu Itali, sebuah restoran dalaman, dua teres luaran, sebuah taman, sebuah Rumah Bellini, sebuah kolam renang, sebuah sarkas kanak-kanak, sebuah kawasan kesejahteraan dan akses langsung ke pantai.
Brian Bendix, Ketua Pegawai Eksekutif bagi Paris Society International, berkata: “Kami percaya bahawa J1 Beach, maruah bagi visi Merex dan kepelbagaian bagi penawaran terkemuka pasaran akan bergema bukan sahaja di Dubai, tetapi di seluruh dunia. Ia akan menetapkan satu standard baharu untuk penawaran kediaman ultra-premium, hospitaliti dan gaya hidup pantai. Selepas kejayaan di Saint Tropez, Paris dan Val d'Isère, Dubai ialah sebuah destinasi pantai semula jadi seterusnya untuk Gigi Rigolatto yang akan menampilkan kesemua pengalaman mereka yang luar biasa.”
Dibangunkan oleh Evgeny Kuzin dan Chef Izu Ani, Pantai Sirene oleh Gaia ialah evolusi pantai bagi konsep Gaia Yunani-Mediterranean milik Dubai sendiri. Evgeny Kuzin, Pemilik Restoran dan Pengasas Bersama Gaia, berkata: “Penyelidikan telah menunjukkan kepada kami satu anjakan di dalam trend percutian global, dengan satu peningkatan besar dalam orang yang memilih untuk beriadah secara tetap di pantai dan restoran, dan bukannya melancong. Satu pengalaman yang bergaya, Pantai Sirene oleh Gaia akan merangkumi kemewahan riadah tepi pantai, yang membolehkan tetamu untuk menginap sepanjang hari, untuk bersantai, berehat dan menghabiskan masa bersama orang tersayang. Kami sangat teruja untuk melancarkan Sirene dengan satu menu menarik yang direka oleh pasukan kulinari Gaia, satu estetika kontemporari dan satu jadual hiburan dan acara yang tiada tandingan di satu daripada pantai yang paling menggiurkan di rantau itu.”
Bâoli di J1 Beach akan juga menjadi satu lagi kemasukan baharu ke Timur Tengah. Bâoli ialah sebuah restoran bergaya yang telah menemui kejayaan di seluruh dunia di Miami, Amerika Syarikat dan Cannes, Perancis yang akan menawarkan masakan Jepun moden dan terkenal kerana menarik pengunjung senarai A ke tempat tersebut.
Sanjeev Nanda, Pengasas bagi Neat Food yang akan menguruskan Bâoli Dubai, berkata: “Bâoli ialah sebuah ruang gaya permukiman yang diilhamkan oleh stepwell baolis iaitu kolam dengan koridor anak tangga yang cantik di India dan yang akan menawarkan satu pengalaman unik buat pengunjung ke J1 Beach. Langkah ke Timur Tengah itu adalah merupakan sebahagian daripada kejayaan jenama itu merentasi destinasi antarabangsa kami dan kami percaya bahawa Dubai adalah lokasi yang sesuai untuk terus berkongsi pengalaman hospitaliti kami yang bertaraf dunia.”
Kawasan itu akan ditutup sementara pembinaan di destinasi itu dijalankan dan dijadualkan dibuka kepada orang ramai menjelang akhir tahun 2023.
Makumat mengenai Merex Investment
Merex Investment ialah satu usaha sama di antara Dubai Holding dan Brookfield Asset Management, yang ditubuhkan pada tahun 2019 dengan satu tumpuan untuk mencipta nilai jangka panjang bagi penduduk dan komuniti perniagaan Dubai. Syarikat itu, yang bernilai kira-kira AED5 bilion (AS$1.4 bilion), memiliki dan mengendalikan sebuah portfolio yang pelbagai bagi aset runcit, termasuk The Beach, City Walk dan La Mer, yang menjangkau lebih 2 juta kaki persegi dan menjadi hos kepada lebih daripada 550 penyewa runcit, senggang, dan hiburan.
Pelaburan dan perkongsian strategik firma pengurusan aset itu menggambarkan semula cara orang menikmati bandar raya itu, merekayasa semula cara perniagaan berinteraksi dengan pelanggan mereka dan memikirkan semula cara ruang bandar direka bentuk untuk mewujudkan destinasi yang bersih, mapan dan bahagia. Merex Investment ditubuhkan dengan kukuh sebagai sebuah rakan pilihan bagi usahawan tempatan serta perniagaan serantau dan global.
Teks bahasa sumber asal pengumuman ini adalah versi rasmi yang sahih. Terjemahan yang disediakan hanya sebagai penyesuaian sahaja, dan hendaklah di silang-rujuk dengan teks bahasa sumber, yang satu-satunya versi teks dengan kesan undang-undang.