Hussein Nasrallah
pr@digitect.com
Menghimpunkan +57 buah delegasi antarabangsa
Di bawah anjuran Yang Teramat Mulia Putera Khaled Al-Faisal, Penasihat Penjaga Dua Buah Masjid Suci dan Gabenor Wilayah Mekah, Kementerian Haji dan Umrah akan menganjurkan persidangan dan pameran ‘Ekspo Haji 2023’, pada 9-12 Januari 2023.
Acara selama empat hari itu merupakan sebahagian daripada usaha berterusan Kementerian untuk membina ekosistem perkhidmatan dan penyelesaian yang inovatif dalam memberikan perkhidmatan yang lebih baik kepada jemaah haji di Dua Buah Masjid Suci, di samping meningkatkan pengalaman keagamaan dan budaya mereka. Acara ini bertujuan untuk mewujudkan ekosistem bersepadu dan lestari yang menambah baik pengalaman jemaah haji, menjangkakan arah aliran masa depan mereka dan mewujudkan peluang untuk kerjasama, perjanjian serta inisiatif tempatan dan antarabangsa yang selanjutnya.
Y.B. Menteri Haji dan Umrah, Dr. Tawfiq bin Fawzan Al-Rabiah, berkata: “Persidangan itu akan membolehkan usahawan, pencipta dan penyelidik daripada lebih 200 buah organisasi global berkongsi pengalaman kejayaan mereka dan menyumbang saran penyelesaian kualiti lestari yang direka bentuk untuk memenuhi aspirasi dan keperluan jemaah haji. Ini mencerminkan sokongan berterusan yang didedikasikan oleh Penjaga Dua Buah Masjid Suci dan Yang Teramat Mulia Putera Mahkota kepada sektor Haji dan Umrah, selaras dengan Wawasan Saudi 2030.”
‘Ekspo Haji’ dijangka akan menyaksikan pemeteraian 400 perjanjian dan perkongsian dengan delegasi dari lebih 56 buah negara. Acara ini akan menampilkan 10 sesi ucapan dasar, 13 perbincangan panel dan ‘Ceramah Haji’, serta 36 buah bengkel, acara dan aktiviti berkaitan, terutamanya eksposisi Islam dan ‘Hackathon Haji’.
‘Ekspo Haji 2023’ akan ditaja oleh beberapa entiti dan syarikat, termasuk Kidana Development Company, Elm, Al Wukalla Company, Catering Contractors Association, Muslim World League, Rua AlMadinah Holding, Motawifs Pilgrims for Southeast Asian Countries Co., Alrajhi Umrah, Dallah Albaraka Holding, Sadu Business Solutions, The Company for Cooperative Insurance (Tawuniya), dan Saudi Arabia Railways (SAR), Saudi Public Transport Company (SAPTCO), Mohamed Yousuf Naghi Motors Co., Flynas, Saudi Al-Qaid Transportation Co., Alif Alif FM, High Point Technology Company, dan Casablanca Company for Hotel & Touristic Services Co. LTD.
Persidangan edisi 2021 menyaksikan jumlah rekod seramai +45,000 orang hadirin dan 115 perjanjian komersial. Edisi kedua ini akan menampilkan pelbagai sesi saintifik, bengkel dan program latihan bersama dengan beberapa orang menteri hal ehwal Islam, duta dan konsul Haji dan pembiayaan, serta pengendali Haji dan Umrah dari seluruh dunia.
Teks bahasa sumber asal pengumuman ini adalah versi rasmi yang sahih. Terjemahan yang disediakan hanya sebagai penyesuaian sahaja, dan hendaklah di silang-rujuk dengan teks bahasa sumber, yang satu-satunya versi teks dengan kesan undang-undang.
Hussein Nasrallah
pr@digitect.com