Azam Obeid
Media dan Komunikasi
ObeidA@mt.gov.sa
Sebagai tanda menunjukkan hubungan diplomatik yang semakin erat dan matlamat yang dikongsi bersama, pemimpin Senegal dan Mauritania secara rasmi telah menyatakan sokongan kepada bidaan Arab Saudi untuk menjadi tuan rumah Ekspo 2030 dan Piala Dunia FIFA 2034.
Tuan Yang Terutama Presiden Macky Sall dari Senegal mengalu-alukan Tuan Yang Terutama Ahmed Al Khateeb, Menteri Pelancongan Arab Saudi dan Envoi Khas Penjaga Dua Masjid Suci, Raja Salman bin Abdulaziz Al Saud.
Semasa perbincangan pemimpin tersebut, mereka memberikan tumpuan kepada meningkatkan hubungan dua hala dan komitmen Senegal terhadap aspirasi global Arab Saudi. Tuan Yang Terutama Ahmed Al Khateeb menyatakan penghargaan dan menegaskan kepentingan sokongan tersebut, serta ditunjukkan lagi apabila beliau dianugerahkan dengan Darjah Kebesaran Singa Kebangsaan Senegal (Senegalese National Order of the Lion).
Begitu juga, di Istana Presiden Nouakchott, Tuan Yang Terutama Mohamed Ould Ghazouani, Presiden Republik Islam Mauritania, menerima kunjungan Tuan Yang Terutama Ahmed Al Khateeb dan delegasinya.
Pertemuan itu, yang dihadiri oleh orang kenamaan dari kedua-dua negara, menegaskan sokongan Mauritania terhadap inisiatif Kerajaan Arab Saudi dan keinginan bersama untuk mengukuhkan lagi hubungan.
Sokongan ini menunjukkan keyakinan antarabangsa yang semakin meningkat terhadap wawasan Arab Saudi dan keupayaan kerajaan tersebut untuk menganjurkan acara yang bertaraf dunia ini. Kerajaan Arab Saudi terus komited untuk membina hubungan yang kukuh, memupuk pertumbuhan bersama, persefahaman dan berkongsi objektif bersama di pentas global.
Maklumat Tentang Kementerian Pelancongan (MT) Arab Saudi
Diasaskan pada tahun 2000, MT berdedikasi memperjuangkan pertumbuhan jangka panjang dalam industri pelancongan Kerajaan Arab Saudi. Cita-cita utama kementerian ini ialah merealisasikan wawasan Kerajaan Arab Saudi untuk pelancongan dengan mewujudkan peluang dan platform yang berupaya memperkaya pengalaman pelancongan dan menggalakkan pembangunan modal insan negara. Melalui kerjasama rapat dengan entiti kerajaan, pihak berkepentingan industri, serta sektor awam dan swasta, MT berusaha memacu pertumbuhan pelancongan mampan, didayakan oleh dasar berpandangan jauh, pelaburan yang disasarkan dan inisiatif pembangunan bakat. Strategi MT berakar umbi dalam keaslian Arab, dikuasakan oleh data dan sistem penyampaian berintegrasi. Teras utama usaha ini, misi MT ialah membuka pintu Arab Saudi kepada dunia, menjadikan kerajaan tersebut sebagai hab, tempat lahir kisah pelancongan yang tidak dapat dilupakan pada setiap hari.
Teks bahasa sumber asal pengumuman ini adalah versi rasmi yang sahih. Terjemahan yang disediakan hanya sebagai penyesuaian sahaja, dan hendaklah di silang-rujuk dengan teks bahasa sumber, yang satu-satunya versi teks dengan kesan undang-undang.
Azam Obeid
Media dan Komunikasi
ObeidA@mt.gov.sa