Victoria Meven
victoria.meven@edelman.com
Fungsi Berbilang Mod dengan Mod Suara akan Menyusul Januari 2025
Technology Innovation Institute (TII), pusat penyelidikan gunaan global yang terkemuka di bawah Advanced Technology Research Council (ATRC), telah melancarkan Falcon 3, lelaran terkini siri model bahasa besar (LLM) sumber terbuka. Keluaran inovatif ini menetapkan standard prestasi baharu untuk LLM kecil dan mendemokrasikan akses kepada kecerdasan buatan canggih dengan membolehkan model beroperasi dengan cekap pada infrastruktur ringan, termasuk komputer bimbit. Falcom 3 memperkenalkan keupayaan memperhalusi dan pemikiran analogi yang dipertingkatkan, menjadikannya model AI yang lebih berkuasa dan bermanfaat.
Falcon 3 direka untuk mendemokrasikan akses kepada AI berprestasi tinggi, menawarkan model yang berkuasa dan cekap. Dilatih pada 14 trillion token—lebih dua kali ganda daripada 5.5 trillion model sebelumnya—Falcon 3 menunjukkan prestasi yang lebih baik merentasi pelbagai penanda aras. Dengan prestasi yang amat baik ini, ia merupakan antara model terkemuka di seluruh dunia yang boleh beroperasi dengan GPU tunggal. Setelah dikeluarkan, Falcon 3 mencapai kedudukan nombor satu pada senarai pemimpin LLM pihak ketiga global Hugging Face, mengatasi model sumber terbuka lain dengan saiz yang serupa, termasuk varian Llama Meta. Secara khususnya, model Falcon 3-10B, mengungguli kategorinya, dengan prestasi yang lebih baik daripada semua model di bawah parameter 13 bilion.
Yang Mulia Faisal Al Bannai, Ketua Setiausaha ATRC dan Penasihat Presiden UAE untuk Strategic and Advanced Technology Affairs, berkata: “Kuasa transformatif AI tidak boleh dinafikan. Hari ini, kami memberikan sumbangan kami kepada komuniti AI, khususnya sektor sumber terbuka, dengan keluaran rangkaian Falcon 3 bagi model teks. Pelancaran ini dimajukan dengan memanfaatkan asas yang kami bina dengan Falcon 2, menandakan langkah besar ke arah generasi baharu model AI. Komitmen berterusan kami untuk memastikan alat berkuasa ini kekal boleh diakses oleh semua orang, di mana sahaja, menunjukkan dedikasi kami kepada ekuiti global dan inovasi inklusif.”
Rangkaian Falcon 3
Siri Falcon 3 termasuk empat saiz model, Falcon3-1B, -3B, -7B dan -10B. Berbanding model terdahulu, banyak perhatian telah diberikan kepada penyepaduan yang lancar. Model ini serasi sepenuhnya dengan API (Application Programming Interfaces) yang digunakan secara meluas dan perpustakaan, mengurangkan usaha penyepaduan dengan ketara dan memastikan penggunaan yang mudah. Ini akhirnya membolehkan pengguna memilih penyelesaian terbaik untuk keperluan mereka. Dengan Falcon 3 menunjukkan prestasi yang luar biasa merentasi pemikiran analogy, pemahaman bahasa, pematuhan arahan, penjanaan kod dan tugasan matematik, ia siap sedia untuk menetapkan standard baharu dalam keupayaan AI.
Setiap model kecil Falcon 3 mempunyai variasi Base dan Instruct yang setiap satunya merupakan antara model yang paling berkuasa di dunia untuk saiznya. Model Base membenarkan tugasan generatif serbaguna, manakala Instruct ialah varian yang diperhalusi untuk aplikasi perbualan. Falcon 3 tersedia dalam Bahasa Inggeris, Bahasa Perancis, Bahasa Sepanyol dan Bahasa Portugis. Model Falcon 3 juga mempunyai versi yang dikuantitikan yang membolehkan penyepaduan optimum ke dalam seni bina khusus, penggunaan sumber yang cekap dan ringan untuk penggunaan yang cepat dan membuat inferens.
Dr. Najwa Aaraj, CEO TII, berkata: “Dedikasi kami kepada usaha merintis penyelidikan dan menarik bakat terbaik telah memuncak dalam pembangunan Falcon 3. Hasilnya ialah model yang mencontohi usaha kami untuk mencapai kecemerlangan saintifik, menawarkan kecekapan yang dipertingkatkan dan menetapkan penanda aras baharu dalam teknologi AI.”
Dr. Hakim Hacid, Ketua Penyelidik AI and Digital Science Research Center (AIDRC) TII, berkata: “AI berevolusi dengan pantas, dan kami gembira kerana memainkan peranan aktif dalam perjalanan ini. Falcon 3 melangkaui sempadan LLM kecil, menyumbang kepada komuniti sumber terbuka dengan memberikan akses kepada AI yang menunjukkan prestasi yang lebih baik. Kami yakin bahawa keluaran terkini ini akan membuka pelbagai peluang tanpa had dan akan memberikan banyak manfaat, memperkasakan perniagaan dan individu untuk menggunakan AI dengan cara yang sebelum ini tidak dapat dicapai.”
Falcon 3 tersedia sekarang untuk dimuat turun pada HuggingFace dan di FalconLLM.TII.ae, bersama butiran tentang penanda aras.
TII juga memperkenalkan Falcon Playground, persekitaran ujian untuk pengguna akhir, pengatur cara, pengekod, dan penyelidik untuk meneroka Falcon 3 sebelum pengeluaran rasmi, memberikan peluang untuk bereksperimen dan menawarkan maklum balas.
Falcon 3 dilesenkan di bawah TII Falcon License, lesen perisian berasaskan Apache 2.0 permisif yang termasuk dasar penggunaan yang boleh diterima dan menggalakkan penggunaan AI secara bertanggungjawab.
Pada awal Januari 2025, Rangkaian Falcon 3 model akan memperkenalkan ahli baharu dengan penekanan pada fungsi berbilang mod—termasuk mod teks, imej, video dan suara.
Teks bahasa sumber asal pengumuman ini adalah versi rasmi yang sahih. Terjemahan yang disediakan hanya sebagai penyesuaian sahaja, dan hendaklah di silang-rujuk dengan teks bahasa sumber, yang satu-satunya versi teks dengan kesan undang-undang.
Victoria Meven
victoria.meven@edelman.com